Rabu, 03 Desember 2008

Sejarah Komputer

LAPORAN

SEJARAH KOMPUTER

UPI_NA~1

Disusun Oleh :

Lukman Bustomy

NIM.0809242

KONSENTRASI GURU TIK PRODI TEKNOLOGI PENDIDIKAN

JURUSAN KURIKULUM DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

FAKULTAS ILMU PENDIDIKAN

UNIVERSITAS PENDIDIKAN INDONESIA

2008

Komputer telah berkembang teknologinya sejak 6 dekade yang lalu. Sejarah perkembangan komputer telah lama bermula sejak tahun 1940 dan dapat dibagi menjadi4 generasi dari menggunakan elektronik sepenuhnya sehingga kepada penggunaan mikro komputer.

Mari kita lihat perkembangan generasi komputer yang telah diuraikan berikut ini:

1) GENERASI PERTAMA (1940-1959)

Komputer yang dihasilkan adalah elektronik sepenuhnya. Ukurannya besar (hampir menyamai sebuah bilik tidur) dan dikategorikan kepada Kerangka Utama (Mainframe), la menggunakan tiub vakum untuk memproses dan menyimpan data. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil yang cepat panas dan mudah terbakar. Jumlah tiub vakum yang diperlukan amat banyak agar tidak menjejaskan keupayaan komputer. la juga menggunakan tenaga listrik yang banyak.
Pada tahun 1946, pencipta komputer elektronik di buat oleh Dr. John Mauchly dan Prosper Eckert yang juga menciptakan ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator). ENIAC mengambil ruang sebanyak 140 meter persegi, berat 30 ton, menggunakan 130 kilowatt tenaga dan 1800 tiub vakum. memorinya disimpan diluar dengan menggunakan layar. Dr. John Mauchly dan Prosper Eckert sekali lagi mencipta EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer) yang memperkecil penggunaan tiub vakum. Komputer ini lebih bagus dari ENIAC dan menggunakan Konsep Aturcara Tersimpan. EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator) yang menggunakan raksa dan tiub vakum untuk menyimpan memori telah dicipta. UNIVAC1 (Universal Automatik Calculator) ciptaan Dr. John Mauchly dan Prosper Eckert mula dikeluarkan pada tahun 1951 adalah komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan..


2) GENERASI KEDUA (1959-1964)

Transistor dan diod digunakan untuk menggantikan tiub vakum walaupun ia mudah terbakar. Cara baru untuk menyimpan memori yaitu Teras Magnetik. la menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litar elektrik. Kinerjanya dalam memproses lebih besar. la mula menggunakan bahasa pemrograman tingkat tinggi yaitu FOTRAN(1954) dan COBOL(1959) bagi menggantikan bahasa mesin. Minikomputer dihasilkan. la lebih murah dan lebih kecil berbanding dengan Kerangka Utama. la digunakan bagi tujuan memproses data perniagaan, universiti selain di bidang ketenteraan. (Contoh : DEC PDP-8, IBM 7090 dan IBM 7094)


3) GENERASI KETIGA (1964-1980)

IBM (Internatinal Business Machine) memperkenalkan Sistem/360 yaitu Kerangka Utama yang mengandungi alatan-alatan yang lengkap untuk memenuhi semua keperluan pada masa tersebut.Sistem/360 memperkenalkan ciri baru Sistem Pengoperasian yaitu Konsep Perkongsian Masa. Sistem ini adalah satu kumpulan yang mengurus dan menyelaraskan keseluruhan operasi komputer, la memudahkan penggunaan komputer. Disimpan secara permanen dalam memori Utama (ROM) komputer atau storan sekunder.
Konsep ini membenarkan penggunaan banyak stesen secara berasaingan dan dikawal oleh Sistem Induk dimana pemprosesan boleh dilakukan serentak pada sesuatu masa walaupun stesen yang lain digunakan. Supercomputer seperti Cray-1 diperkenalkan bagi mengkaji cuaca dan alam.


4) GENERASI KEEMPAT (1980-sekarang)

Penyelidikan microelektronik telah berjaya menghasilkan Litar Bersepadu/Terkamir atau Cip dimana beribu transistor dipadatkan didalam kepingan empat segi silikon melalui proses Pengamiran Skala Besar (Large Scale Integration). Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. MicroKomputer merupakan yang terkecil didalam keluarga komputer digital mula dinasilkan seperti Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair.
Bahasa pengaturcaraan BASIC, Pascal, PL/1 C dan Logo mula digunakan. Kebanyakan komputer dibekalkan dengan bahasa secara "bina-dalam" di dalam ROM untuk bahasa BASIC. Bahasa ini merupakan bahasa yang paling popular untuk microkompuler. Perisian tambahan juga diperkenalkan bagi membantu penyelesaian masalah. Laptop, Notebook, Handheld dan Palmtop diperkenalkan. la lebih kecil dari Microkomputer serta mudah dibawa ke mana-mana. Internet iaitu Sistem Rangkaian yang luas menggunakan protokol TCP/IP diperkenalkan sebagai rangkaian perkongsian secara global. (Processor 6086,80286, 80386,80486, Pentium, Celeron, Pentium II, Pentium 111 dan Pentium 4)


Kesimpulan:

Setelah meninjau empat generasi komputer, mungkin terbayang difikiran kita tentang bagaimana bentuk komputer pada masa depan. Komputer masa depan mungkin akan berada pada generasi atau tahap kelima yang menggunakan teknologi masa depan. Dapatkah anda bayangkan bagaimana bentuknya?




Sumber :

wikipedia.com

Tidak ada komentar: